Tuesday 25 November 2014

Maaf di atas kekurangan...

Salam buat semua..
Sebenarnya saya selalu mengalami masalah nak ingat orang. Sukar bagi saya untuk mengecam anda sekiranya anda jarang2 berjumpa saya. Selalu ada yang menegur bila berjumpa .. soalan yang paling buat sy fobia ialah..... kenal x?.. satu yang saya harapkan janganla tanya siapa anda kalau anda jarang berjumpa dengan saya. Saya mudah lupa tentang wajah orang.. kadang saya tertekan dengan situasi ini.. saya puas cuba engat tapi sy memang x ingat.. saya tahu saya pernah jumpa kalian.. tapi sy x engat di mana dan siapa. Sekiranya ada di antara mereka yang kenal saya dan berjumpa sekali sekala dengan saya untuk tempoh lebih 3 bulan atau 6 bulan... maafkan saya jika saya x mampu nak sebut nama kalian. Anak2 didik .. maafkan cikgu.. betul cikgu sukar engat rupa paras orang.. tapi engatan kuat pada nombor.. Sekiranya berjumpa saya.. pliz jgn tanya kenal x???... sy cukup stress dengan soalan itu. Kenalkan diri anda dan mulakan perbualan.. agar kita lebih mesra dan itu mampu mengembalikan memori yang hilang ini... maaf atas kekurangan itu.... Masalah ni sebenarnya bukan baru.. sejak saya sekolah lagi saya alami masalah ni... semakin lama saya semakin perasan inilah masalah saya dan menjadi lebih besar bila saya bergelar guru. Saya x engat semua nama anak2 didik saya dalam kelas.. apatah lagi saya mengajar banyak kelas. hanya sebilangan kecil sahaja. Sampai sesi persekolahan 2014 tamat pun.. bila saya buka senarai nama murid2 saya ada yang saya x tahu yang mana satu. Sebilangan kecil... bukan semua. Kadang2 saya rasa rendah diri.. tapi semua ini bukan kehendak saya.. yang penting saya cuba memberi yang terbaik buat semua...

No comments:

Popular Posts

Pageviews from the past week