Wednesday 7 August 2013

SALAM AIDILFITRI

Selamat Hari Raya aidilfitri.
Syawal datang lagi.. semoga Ramadhan yang telah berlalu berjaya mendidik jiwa kita untuk terus istiqamah dalam beribadat kepadaNYA yang maha esa. Keberkesanan kursus yang diberi oleh Allah kepada kita sepanjang sebulan itu akan dapat kita lihat bagaimana kita selepas ini. Salam ucapan selamat hari raya ini khas buat mereka2 yang pernah mencipta kenangan bersama. Sebagai tanda penghargaan dan terima yang tidak terhingga di atas kasih sayang dan pershabatan yang terukir antara kita. Salam kemaafan adalah perkara yang paling utama.. sedar akan kekurangan diri.. selalu terkasar bahasa.. tersalah kata.. tindakan yang selalu x kena.. agak beremosi.. kadang2 saya ni nampak mcm sombong sikit.. memang muka saya x manis.. dan salah satu sebab lain maaf sangat2 sebenarnya sejak dulu saya mengalami masalah untuk mengingati rupa dan wajah orang.. memang itulah masalah saya. sebab 2 nama budak dalam kelas pun saya mengambil masa yang agak lama nak hafal.. saya x nafikan kelemahan itu.. fitrahnya saya begitu.. maaf kalau ada yang menegur saya xingat nama.. memori untuk rakam wajah.. sangat rendah. Kalau kalian jumpa saya dan berpisah jumpa semula beberapa minggu kemudian.. mohon kenalkan diri.. saya mudah lupa nama.. saya engat kalian pernah jumpa saya.. tapi saya lupa nama dan jumpa di mana. Mula sekali salam kemaafan buat kawan2 masa sekolah dulu.. di SK Jengka sebelas. Masih ada yang berhubung dalam FB seperti Azliana Che me.. Norlin Arshad.. Cepatnya masa berlalu.. hidup kita dah banyak berubah. rakan sekolah menengah.. Zailia Said.. yang lain entah ke mana.. Salam kemafaan juga buat kawan2 semasa di MPRM dulu. memang saya ni nakal sikit.. banyak kerenah.. tapi pengalaman di MPRM sangat menarik untuk terus dikenang.. untuk semua maaf ye.. mohon halalkan semua yang termakan terminum.. terhutang ke.. kalau ada mohon tuntut.. Kita xtahu sejauh mana lagi Allah  akan beri kita masa untuk ada di dunia ni.. terutamanya rakan sebilik linda, kak ha, kak irna, kimah, kak no.. and my classmates.. kakak2 senior.. tersayang... kak sue, kak iza, kak dila, kak ikin, kak liza.. sekarang kalau jumpa x kenal dah agaknya.. yang paling penting salam kemaafan ini untuk teman2 seperjuangan di sk LKTP Jengka 14.. dah hampir 13 tahun kita bersama.. tentu banyak yang kita lalui bersama.. maka banyakla khilafnya.. mohon maaf sgt2.. saya ni memang cerewet sedikit dalam kerja2 tertentu.. kadang2 membuatkan orang susah sebab saya.. kadang2 penat sgt dengan kerja sekolah masam muka.. maaf juga. Mohon halalkan yang termakan terminum.. kalau ada duit yang terpakai atau barang2 kalian yang terguna.. mohon halalkan.. ye.. Zuria.. Aizam.. Kak pidah, kak zawi..kak mini,  kak diah.. n my teacher..kak zam. jangan simpan dalam hati...Salam kemaafan juga buat anak2 didik cikgu .. kadang ada termarah xtentu hala.. terlewat seminit dua .. kalian adalah amanah Allah .. mohon maaf sgt2 andai ada teguran yang xkena.. niat cikgu sekadar mendidik... Mana yang akrab dengan cikgu, cikgu sentiasa ingat kalian.. Anis, hanim, farhana, nidah, eda, sofiyuddin, izziffi, saairuddin, hakim, Mas ayu, zieyana, azimah abu bakar, Alya diana, dan yang paling istimewa AINUR SAKINAH.. kalian anak2 didik yang baik. Akhir sekali buat insan yang hadir sebagai kawan.. bukan anak didik cikgu tapi panggil saya cikgu.. cikgu anggap mcm adik2 cikgu.. Aisyah Ariffin.. Fadlina, Aminuddin Asri.. Fathi Nur Aqilah.. juga nurse yang jaga cikgu kat hospital.. Fatimah Ibrahim n Juliana Ayub.. terima kasih.. mohon maaf atas kekurangan diri cikgu...
Jaga diri kalian baik2.. n salam kemaafan buat semua..

Popular Posts

Pageviews from the past week