Sunday 7 September 2014

Terima kasih untuk semua itu

Belum mengantuk...

Dalam dunia kadang2 kita  xsangka dan xdapat nak jangka tentang sikap manusia. Kita rasa kita dah beri yang terbaik namun kita masih juga bukan yang terbaik di mata orang. Aku banyak belajar tentang hakikat hidup ini di atas pengalaman bersama dengan yang bernama manusia... Kadang2 kita merasa kesal dengan tindakan masa lalu kita.. tapi kita xmampu nak ubah apa2. Pelik .. tapi itulah hakikat yang perlu kita telan. Redha... satu ungkapan yang mudah untuk diucap tapi hakikatnya satu kalimah yang paling sukar untuk dilaksanakan. Hanya hidayah dariNYA sahaja mampu membuat kita memahami dengan jelas apa itu redha. Kalau ditanya pada hati.... aku tahu.. aku masih belum redha.. namun aku terus berusaha moga Allah memberi aku jalan keluar untuk semua ini. Menerima hakikat dan ketentuanNYA itu. Bukan mudah rasanya... untuk menerima hakikat.. seorang budak yang dianggap mcm anak sendiri.. akhirnya bila rezekinya tiba.. kita umpama satu objek yang xde nilai langsung dalam hidupnya. Mungkin itulah yang membezakan antara anak sendiri dan anak orang yang dibuat mcm anak sendiri... Dulu aku  xpernah faham akan maksud seorang sahabat yang lebih berusia dan berpengalaman dalam hidup yang pernah menasihatiku... yang lebih kurang maksudnya.. anak orang tetap anak orang.. xkan jadi anak kita. Aku cuba menyangkal ungkapan itu... namun setelah hampir 8 tahun... ungkapan itu tepat. Sangat tepat . Anak orang tetap anak orang xkan jadi anak kita. Bila kita bukan darah daging... maka bukan satu perkara yang sukar untuk kita tidak diambil tahu lagi. Kita akan dianggap penting disaat kita ini masih bermanfaat buat mereka.. tapi jika kita tiada lagi manfaatnya kita umpama barang yang dah habis diguna. Kadang2 apa yang telah berlaku ini membuat aku faham... sukarnya mencari manusia yang benar2 faham erti persaudaraan. Entah di mana silapnya sehingga kisah itu berakhir disitu...  dulu akulah segala2nya.. kini aku bukan siapa2 lagi bagi mereka. Namun aku sedar Allah Maha Adil.. Allah Maha Kuasa...  aku masih mencari jalan menerima semua itu sebagai takdir hidupku. Setelah dua tahun anak itu tidak lagi mencariku.. tidak lagi menghubungiku... aku tahu aku xwujud lagi dalam hidupnya. Semua pengorbananku umpama air yang lalu... pergi begitu sahaja. Itulah manusia mudah lupa bila rezeki tiba serta merta.. bila dah mula berjaya.... semua janji tinggal janji....  masa susah..kitalah segalanya.. bila senang kita bukan sape2 lagi. semua benda xkena aje pada kita... itulah manusia. Setelah 2 tahun.. sepi tanpa khabar... aku mula tahu.. aku silap dimasa laluku kerana cuba mengukir corak indah dikainnya untuk tatapan masa depanku.. akhirnya ia menjadi tatapan orang lain. Insan yang ku anggap puteri dalam hatiku,,, kini .. entah dimana??? Aku dibuang...disaat berada kau beraa dipuncak. Terima kasih anakku... satu hari kau akan tahu... hidup ini adalah roda... apa yang kau beri.. itu jugalah yang kau akan dapat...  terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku... Kalau sekadar tidak mengambil tahu tentangku.. mungkin aku tidaklah terasa sgt.. tetapi kau buat lebih dari itu.. kedua2 akaun FB aku kau blok.. kamu ubah no telefon...  bersungguh benar kamu tidak mahu aku mengetahui apa2 lagi tentangmu.. berbulan2 cuti semester sekalipun kau xpernah menjengukku.. bertanya khabar tentangku.. sedang dulu akulah yang disampingmu saat kau terlantar sakit... memberi disaat kau memerlukan.. menjadikan kau sama mcm orang lain..  terima kasih...untuk semua itu. Sekurang2nya tangan aku pernah membesarkan kamu dari umurmu 12 tahun sehingga kamu menjejak kolej Matrikulasi... ke mana jua kau pergi.. sejauh manapun kau lari dariku satu hakikat telah tertulis... kau pernah membesar bersamaku.... terima kasih untuk semua itu...

No comments:

Popular Posts

Pageviews from the past week