Saturday, 5 May 2012

Anak-anak didikku

Terima kasih,
Anak-anak didikku
Kalian telah menjadi sebahagian besar hidup cikgu
Kerana kalianlah... menjadikan cikgu seorang cikgu.
Tiada guru tanpa anak didik..
Panggilan keramat 'cikgu' akan terus tersemat dihati cikgu
dibawa ke akhir hayat.
Kalianlah pemberi semangat dan juga kekuatan
pada insan yang menggalas amanah yang besar
membina dan mencorak kehidupan manusia....
Siapapun kalian dan di manapun kalian
satu perkara yang pasti
kita pernah bersama
melalui satu pengalaman yang berharga...
















Juga buat yang bukan warga SK Jengka 14..
yang turut menjadi anak didikku...



Semoga berjaya dunia dan akhirat. Manfaatkanlah ilmu sebaiknya...