Saturday 22 March 2014

Sekadar perumpamaan

Hidup ini umpama sebuah perjalanan. Perjalanan yang kita sendiri tidak tahu sejauh mana.. mungkin jauh mungkin juga terlalu singkat. Masa yang terus bergerak diumpamakan langkah yang terus berjalan tanpa henti. Sebuah bekas diberikan kepada kita untuk mengisi dua benda yang akan kita kutip disepanjang perjalanan kita itu. Kita tidak akan mampu untuk berhenti, kerana langkah umpama masa yang terus bergerak. Isilah di dalam bakulmu antara permata atau batu. Permata itu kecil, ringan dan sangat bernilai tapi ia sukar dilihat berbanding batu yang besar, berat dan membebankan. Bukan bakul siapa yang berat jadi pertimbangan tapi bakul siapakah yang lebih bernilai. Teruskanlah langkahmu dengan mengutip permata-permata yang banyak tapi sukar dilihat dicelahan batu itu. Lebih mudah mengutip permata berbanding batu, tapi ramai antara kita memilih mengutip batu berbanding permata sedangkan mengutip batu itu lebih sukar kerana ianya berat. Mengapa? kerana kita fikir batu lebih cepat memenuhi bakul kita. Kita nampak hebat kerana bakul kita penuh dengan cepat.. sedang yang mengisi permata nampak sedikit dan bakulnya tidak penuh pun.Batu-batu ini akan memberatkan perjalanan kita sedangkan ianya tidak bernilaipun. Kadang-kadang ada antara kita yang sedar batu itu tidak bernilaipun bagi dirinya namun dia tetap mengutipnya untuk kelihatan penuh.. pada fikirannya sampai dihujung yang dia sendiri tidak tahu dimana dia akan membuangnya.. sempatkah dia membuangnya??? sedang dia sendiri tidak tahu mana hujungnya. Tapi itulah kebanyakan orang yang ada. Kita mungkin mampu membuang batu-batu itu di saat kita fikir akan tiba dihujung jalan tapi kita lupa tentang satu perkara... kita mampu membuang batu itu tapi kita tidak mampu lagi mengutip permata yang dah tertinggal diperjalanan kita tadi. Kerana kita sudah sampai ke destinasi akhir kita...

No comments:

Popular Posts

Pageviews from the past week